Search This Blog

Monday 15 December 2014

Flemington Hotel, Taiping.

    Assalamualaikum dear...

    Percutian pertama untuk cuti akhir tahun 2014. Ke Taiping. Last minute planning sebenarnye. Planning percutian yang sebenar ke PD dan Melaka. Ke Taiping takde dalam list pun.

    Sebenarnya, kawan sekerja aku kawin kat Kuala Kangsar. So, aku ajak En.Hubby pergi sana dan stay kat Taiping. Sambil-sambil tu boleh jumpa kawan-kawan lama masa belajar di UPSI. 3 minggu sebelum majlis di Kuala Kangsar, En.Hubby dah book siap2 bilik di Flemington Hotel, Taiping. Kenapa kami pilih Flemington Hotel,sebab.....berdepan dengan Taman Tasik Taiping dan 5 minit sahaja ke Zoo Taiping & Night Safari.Kami ambil bilik Executive Suite Lake View.


View dari bilik.Baru lepas hujan.






Nombor bilik kami

    Executive suite ni biliknya besar. Ada sofa so boleh tidur kat sofa. Tak payah ambik extra bed. Imtiyaz pulak, tidur dalam stroller. Tak rugi beli stroller SCR10 ni. Walaupun besar gedabak, tapi sangat selesa untuk baby tidur. Lepas tu boleh enjut-enjut macam buai.



    Satu je masalah kat sini ialah parking yang terhad. Kalau takde parking kat bawah bangunan, kena parking kat depan hotel. Kebetulan masa aku sampai tengah hujan lebat, dan dalam masa yang sama ada dua majlis kahwin orang cina kat situ. So, parking penuh. Tapi memang rezeki kami, dapat jugak parking kat bawah bangunan dalam hujan-hujan lebat tu.Alhamdulillah. Malamnya, kami tak keluar pun sebab dah penat. Hanya order room servis je. Tapi memang murah le.

Sedap!


    Esoknya, pagi-pagi kami dah turun sarapan.Sarapannya pun ok. Ada nasi lemak, kue tiaw goreng, bubur nasi, aneka roti, puding roti&buah-buahan. Ok le menu tu sebab bukan hotel 5 bintang pun. Sarapan percuma.Hanya tambah untuk Irfan je. Tu pun murah je.



Bread Butter Pudding


    Lepas sarapan, anak-anak mandi kolam dulu sebelum kami ke Zoo Taiping.Kolamnya kat atas bumbung. View memang cantik.




Kolam dewasa

View dari koridor nak ke bilik

View waktu pagi dari bilik

view dari bilik
    Atas faktor bawa baby, so kami hanya pergi Zoo Taiping je. Tak pergi pun makan mi udang ke, kue tiaw Dolly ke, makan Yong Tau Fu ke. Kami planning nak datang lagi ke sini kalau baby Imtiyaz dah besar.

Ok, bye!

No comments:

Post a Comment