Search This Blog

Saturday 28 June 2014

Mencari Syurga...

    Assalamualaikum dear...

    Lama tak update blog.Busy tak habis2.Pergi bercuti pun tidak. Kalau cuti bulan 3 yang lepas kami sekeluarga diserang sakit mata, cuti sekolah hampir 3 minggu bulan Jun kali ini, dugaan kami lebih besar dan diakhiri dengan kedukaan.

    Macam masalah besar je bunyinya tetapi sebenarnya bukan masalah besar cuma kesedihan je. Cuti sekolah start 27 Mei 2014. Pada awalnya, kami ingat nak pegi bercuti ke Desaru je sbb kesian kat anak2 cuti sekolah yang lepas tak pergi mana2. Tapi, tu lah...kita hanya merancang, tuhan lebih mengetahuinya. Kami tak book pun mana2 hotel kat desaru sebab sibuk.Mungkin itulah hikmahnya bila kami tak book pergi bercuti.

    Pagi 28/5/2014, seperti biasa En.Hubby hantar Irfan pergi mengaji dengan ibu mertua aku.Lepas mengaji,kami balik rumah mcm biasa.Mak ada mengadu yg dia gelap mata .Pukul 3.00 ptg,ayah call.Dia beritahu mak tak sedarkan diri.En.hubby bergegas pergi ke rumah mertua.Sampai sana,dia terus call ambulans.Dalam 30 minit baru ambulans sampai.Walaupun jarak dari rumah nak ke hospital hanya 2km sahaja,En.Hubby terpaksa panggil ambulans sebab x larat nak angkat mak yg dah tak sedar.Ambulans pulak sampai lambat sebab alasan driver ambulans tak tau rumah kat mana.Emm...confirm driver ni org luar JB.Rumah mak sebelah je dgn hospital.

    Mak dihantar ke unit kecemasan.Doktor sahkan mak kena stroke.Sebelah kiri badan mak dah tak berfungsi.Mak antara sedar dgn tak sedar.En. Hubby bergilir2 dengan adik2 dia jaga mak kat hospital 24 jam.Adik bongsu sanggup amik cuti seminggu.Adik kedua tetap luangkan masa balik dari KL walaupun tengah final exam ijazah sarjananya.Terharu tengok adik beradik ini menjaga ibu mereka dengan penuh kasih sayang.Lapkan badan emak,salinkan pampers,cebukkan berak.Ya allah....semoga syurga tempatnya untuk suami dan adik2 iparku.

    11 hari di hospital dengan keadaan yg sekejap stabil,sekejap tidak,akhirnya mak dibenarkan pulang ke rumah.Di rumah,En.Hubby gilir2 menjaga emak dengan bantuan adik ipar bongsu yang menyambung cuti lagi seminggu.Cuti sekolah dah hampir tamat.En Hubby&adik2nya berpakat untuk mengupah nurse peribadi untuk menjaga mak sepanjang kami keluar bekerja.Semua urusan telah selesai.Tukang urut pun dah dapat.Tapi....

    14/06/2014...selepas maghrib,adik ipar telefon suamiku suruh datang ke rumah sebab mak mcm lain macam je.Rupanye masa tu mak tengah nazak.Sampai saje kat rumah,mak dah takde.Sambil menangis,En.Hubby telefon aku beritau yg mak dah takde.Rasa mcm tak percaya.Mak pergi terlalu cepat.Semuanya berlaku dengan cepat.Baru je rasa berbual dengan mak mengadu tentang kenakalan Ilman dan Irfan.Sempat beritahu mak yang bayi ketiga kami nanti adalah bayi lelaki lagi dan mak gelak besar sebab sama dengan dia.Tiga2 anak dia lelaki.Cepatnya mak pergi.Innalillah....

    Esoknya,aku amik CRK.Urusan pengebumian mak berjalan dengan lancar.Terima kasih pada semua yg menolong kami menguruskan jenazah mak.En. Hubby terkilan sebab tak dpt mengadap mak masa mak hembuskan nafasnye yang terakhir.Hanya adik ipar bongsu yg ada masa tu.Tapi,dia tetap puas hati sebab dapat jaga mak sampai ke nafas mak yg terakhir.

    Selepas upacara pengebumian selesai,Cik Yo,adik ayah bercerita kat aku masa mak boleh discaj dari hospital ari tu.Sampai saje mak kat rumah,Cik Yo bersihkan mak.Mak masih boleh bercakap masa tu.Dia beritahu Cik Yo,"Yo,Taman Syurga nanti utuk budak tiga orang ni "(merujuk kepada 3 org anak2nya).Sedihnya...dalam mak tak sedar,rupanye dia tahu yang anak2 dia jaga dan belai dia semasa sakit.Beruntungnya En.Hubby & adik2nya,mak pergi dengan jaminan syurga untuk mereka.Alhamdulillah....

    Walaupun mak pergi tanpa sempat tengok cucu ke-6 nya,mak tetap dalam ingatan kami.Alfatihah!

No comments:

Post a Comment