Search This Blog

Friday 9 May 2014

14 Kemuliaan Wanita Hamil

    Assalamualaikum dear...

    Hari ni, terbaca tentang artikel 14 Kemuliaan Wanita Hamil di FB. Sangat tertarik dan penuh pengisian. So, kat sini aku kongsikan untuk tatapan rakan-rakan blogger yang lain...



14 KEMULIAAN WANITA HAMIL

1.Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan & menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.


3. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur & memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala 'ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadat pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat & puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah mengurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala 1 tahun solat & berpuasa.


Subhanallah!Besarnya ganjaran untuk wanita hamil. Semoga wanita-wanita hamil di luar sana, dapat menjaga kurniaan Allah ini dengan sempurna.Sekian!

No comments:

Post a Comment